Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Hamas mengesahkan telah menerima syarat perdamaian utama yang ditawarkan ketua parti gerakan Fatah, Mahmoud Abbas termasuk pilihan raya di Tebing Barat dan Genting Gaza.
Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, Hamas turut menggariskan hasrat untuk mencapai perpaduan negara selepas perpecahan selama 10 tahun yang membahagikan Palestin kepada dua kerajaan.
Menurut Hamas, ia telah membubarkan jawatankuasa pentadbiran yang mengendalikan Gaza dan menjemput Pihak Berkuasa Palestin (PA) pimpinan Abbas untuk kembali ke wilayah itu selain bersedia mengadakan pilihan raya baharu.
Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas rundingan di Kaherah antara pegawai gerakan terbabit dan wakil Fatah di Kaherah pada minggu lalu.
Sejak 2006, Genting Gaza telah ditadbir oleh Hamas selepas menang besar dalam Pilihan Raya Parlimen Palestin hingga menyebabkan Presiden Palestin terbabit hanya mengawal kawasan autonomi di Tebing Barat.
Kerajaan pimpinan Abbas turut mengenakan 'hukuman' ke atas 1.8 juta penduduk Gaza bagi memberi tekanan kepada Hamas untuk melepaskan kawalan terhadap wilayah tersebut.
Sekatan ekonomi yang dikenakan termasuk mengurangkan pembayaran elektrik yang mengakibatkan Israel memotong bekalan kuasa elektrik kepada kurang daripada empat jam sehari.
Bulan lalu, Abbas mengancam untuk memotong bantuan kewangan '100 peratus' ke wilayah tersebut sehingga Hamas bersetuju untuk berdamai dengan Fatah, lapor Press TV.
18 September 2017 - 10:39
News ID: 854944
Hamas mengesahkan telah menerima syarat perdamaian utama yang ditawarkan ketua parti gerakan Fatah, Mahmoud Abbas termasuk pilihan raya di Tebing Barat dan Genting Gaza.